anggota KAPA bersemangat menyertai perkhemahan (negeri sembilan terbaik lah)




DISIPLIN. Seramai 1,000 anggota menyertai Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam (Kapa) peringkat Kebangsaan kali yang ke-11 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Perkhemahan yang berlangsung selama lima hari itu melibatkan penyertaan seramai 1,100 anggota Kapa dari seluruh negara.

Selain perkhemahan, pelbagai aktiviti diadakan sempena perkhemahan itu seperti pertandingan Kawad Kaki, Perawatan Awal, Kursus Menyelamat, Kursus Asas Memadam Kebakaran serta pemilihan Ketua Platun Terbaik untuk kategori lelaki dan perempuan.

Johan keseluruhan bagi pertandingan itu telah dimenangi oleh Kapa Negeri Sembilan manakala pasukan Kapa Selangor dan Kapa Johor masing-masing di tempat kedua dan ketiga.


P/S: HUHU.. bangge baii aku... masok surat khabar kosmo... ape2 pon.. NEGRI SEMBILAN... TERBAIKK TOOKKKK....!

No comments: